PUTRAJAYA: Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam rakaman video di akaun Facebook dan Twitternya malam ini.
Katanya, mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.
Beliau berkata, kes mula dikesan di sekolah tersebut selepas seorang guru disahkan positif COVID-19.
Beliau menjelaskan selepas saringan kontak rapat dilakukan, seorang lagi guru dan enam pelajar disahkan turut positif COVID-19.
"Enam pelajar yang positif ini sekarang ini berada di sekolah dan berada di bawah pemantauan pihak sekolah.
"Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah pelajar yang berada di asrama, pihak PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat terhadap lebih 200 pelajar hari ini.
"Daripada 200 pelajar ini, 65 orang telah didapati positif dan dibawa ke MAEPS untuk pemantauan manakala baki pelajar lain akan dilaksanakan saringan pada esok (Khamis)," katanya yang turut meninjau sekolah berkenaan malam ini.
Radzi menjelaskan pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan PKD bagi memastikan pelajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan selamat.
Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Astro Awani
Wed Dec 01 2021

Radzi mengesahkan 65 pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19. - Gambar fail
2,042 terbunuh dan 785 cedera di Sudan dalam konflik hampir tiga tahun
WHO dan UNICEF memaklumkan bahawa 184 kematian dan 295 kecederaan berlaku dalam suku pertama tahun.
Indonesia kutuk serangan bunuh tiga anggota pengaman di Lubnan - Prabowo
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia berduka atas kehilangan anggota Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, yang gugur dalam menjalankan tugas melaksanakan misi mulia di Lubnan.
Pelarian di negara sendiri, realiti baharu penduduk Beirut
Ketika ini, kira-kira 136,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan, manakala yang lain menumpang dengan keluarga atau hidup di jalanan.
WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Tedros turut menyokong amaran dikeluarkan IAEA dan menggesa semua pihak supaya segera menghentikan serangan bagi mengelakkan bencana radiasi yang tidak diingini.
Kebakaran tercetus di fasiliti Bahrain susulan serangan Iran
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
Di Thailand, harga diesel naik secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyebabkan pertambahan kos pengangkutan dan operasi pada seluruh industri pelancongan.
Bangladesh pendekkan waktu bekerja, pusat beli-belah ditutup awal
Bangladesh mengarahkan pengurangan perbelanjaan sebanyak 30 peratus untuk bahan api dan tenaga di pejabat kerajaan, menggantung beberapa latihan kakitangan serta menghentikan pembelian kenderaan, kapal dan pesawat baharu.
Sekretariat ditubuh bantu tangani kos sara hidup rakyat - Ibrahim
Menurut Ibrahim, keanggotaan sekretariat itu akan terdiri daripada mereka yang benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan bagi membela kepentingan rakyat.
16 penunggang motosikal termasuk pelajar sekolah ditahan
Seramai 16 penunggang motosikal termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan dalam Ops Khas Bersepadu Motosikal di Jalan Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka awal pagi Ahad (5 April).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata kesemua mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya seperti memecut, zig-zag serta mencelah kenderaan lain di atas jalan raya dalam operasi bermula 2 hingga 5 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata kesemua mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya seperti memecut, zig-zag serta mencelah kenderaan lain di atas jalan raya dalam operasi bermula 2 hingga 5 pagi.
Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dadah bernilai lebih RM164,000
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskon berkata lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun itu, ditahan kira-kira jam 11.30 malam semalam di Jalan Padawan dan merampas 272.02 gram (g) serbuk disyaki campuran ekstasi serta 2.78g ketamine.

SPWinds raih Anugerah Emas di Festival Orkestra Dunia Vienna
Konduktor orkestra, Raja Muzafar Shah dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik atas kepimpinan dan arahannya yang cemerlang sepanjang pertandingan.

139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Sejumlah 139 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Persiaran Tasik yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, setakat jam 3 petang tadi.

71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ
Ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.

MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018
Malay College Kuala Kangsar muncul juara Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Seri Puteri menang dalam kategori Bahasa Inggeris.

Bapa empat anak antara yang maut dalam kemalangan
Isteri mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun anak lelakinya berusia 10 tahun kini berada dalam keadaan kritikal.